top of page

Kelebihan sabun SOAPKRAF

Sabun dihasilkan dari tindak balas kimia diantara asid lemak (fatty acid) iaitu minyak dan alkali. Terdapat lebih 100 jenis minyak yang boleh digunakan untuk membuat sabun dan setiap jenis minyak akan menghasilkan ciri-ciri dan kualiti yang berbeza-beza terhadap sabun yang dihasilkan. Contohnya; minyak kelapa akan menghasilkan sabun yang keras dan mempunyai daya mencuci (cleansing) yang tinggi tetapi mengeringkan kulit tanpa daya pelembab. Minyak zaitun pula  akan menghasilkan sabun yang lembik, tiada daya mencuci tetapi mempunyai daya pelembab yang tinggi terhadap kulit.
​
Maka untuk mendapatkan sabun yang seimbang amatlah penting setiap minyak itu diketahui pengaruhnya terhadap kualiti sabun. Untuk mendapatkan kualiti yang tepat saperti yang di inginkan maka SOAPKRAF menggunakan software khas untuk pengiraan sukatan yang tepat bagi bahan-bahan yang akan digunakan.

​

Antara jenis-jenis minyak yang lazim digunakan oleh SOAPKRAF adalah minyak kelapa, zaitun, sawit, canola, jarak, neem serta minyak biji anggur. Minyak neem dan castor merupakan minyak "standard". Minyak neem mempunyai ciri-ciri antibakteria, antivirus dan antifungal yang ampuh. Ia juga mengandungi antioksidan yang tinggi. Minyak jarak (castor oil) pula melembabkan serta menyamankan kulit. Ia membuatkan kulit terasa licin dan lembut. Minyak jarak juga mengandungi nutrien-nutrien yang baik untuk kulit dan menghasilkan buih yang kaya dan stabil.  ​

​

Gliserin yang terhasil dari proses pembuatan sabun tidak dikeluarkan saperti sabun yang dikilang dimana gliserin yang terhasil itu dikeluarkan untuk dijual secara berasingan. Gliserin berfungsi sebagai bahan pelembab dengan cara menarik lembapan dari udara kepermukaan kulit. Ini amat bermanafaat untuk mereka yang kulit terlalu sensitif dan mudah terganggu.

© 2023 Bio Beauty Care. All rights reserved.
  • w-facebook
  • w-googleplus
  • Twitter Clean
bottom of page