top of page

Tanpa minyak, air dan alkali (NaOH) maka tiada sabun. Minyak-minyak yang pilih dalam pembuatan sabun SOAPKRAF bukan sekadar memenuhi syarat keperluan sebahagian dari bahan pembuatan sabun. Minyak-minyak ini sangat mempegaruhi mutu sabun yang bakal dihasikan. Berikut adalah ringkasan pengaruh minyak terhadap sabun yang perlu anda tahu sebagai pengguna.

Minyak Kelapa

Minyak kelapa adalah antara pilihan minyak utama oleh SOAPKRAF . Ia menyumbang kepada kekerasan sabun dan menghasilkan sabun yang putih, daya cuci yang kuat dan buih yang kaya. Susan Miller Cavitch didalam bukunya "Soapmaker's Companion" mengatakan, minyak kelapa merupakan satu hadiah kepada pembuat-pembuat sabun.​​

Minyak Zaitun (Olive Oil)

Minyak zaitun menghasilkan sabun yang ringan, tidak mengeringkan kulit dan tahan lama dengan buih saperti krim. Ia lembut pada kulit.Ia mengandungi vitamin E dan vitamin K. Minyak zaitun mempunyai sejarah yang amat panjang dalam penggunaan nya sebagai penawar masaalah kesihatan kulit.​

Minyak Sawit (Palm Oil)

Minyak sawit digunakan sebagai penstabil. Secara sendirian ia tidak mempunyai daya pencuci. Digabungkan dengan minyak-minyak lain untuk menghasilkan sabun yang keras. Sabun yang mengandungi minyak sawit menghasilkan buih yang kaya saperti krim.

Minyak Jarak (Castor Oil)

Minyak mempunyai kandungan asid lemak yang sama sekali unik iaitu ricinoleic (90%) yang tidak terdapat didalam minyak-minyak lain.Ia merupakan humectant iaitu sifatnya yang menark lembapan dari suasana keliling kekulit.​ Ia banyak digunakan didalam industri pharmaceutical dan kosmetik.

Minyak Neem (Neem Oil)

Minyak neem semakin menjadi popular dikalangan pembuat sabun kerana sifatnya yang antibakteria, antivirus, antiparasit dan antifungal yang ampuh. Antioksidan nya amat tinggi. ORAC/gram adalah 430.06 berbanding cranberry 94.56. Digunakan untuk rawatan berbagai penyakit kulit oleh Ayurveda sejak 4000 tahun yang lalu hingga sekarang saperti campak, kayap, kurap, panau, kusta ekzema, kelemumur​.

Minyak Biji Anggur (Grape Seed Oil)

 Minyak biji anggur adalah minyak yang ringan dan cepat menyerap kedalam kulit tanpa meninggalkan rasa berminyak pada kulit.Ia dikatakan amat bermanafaat untuk kulit yang berjerawat dan ekzema. Ia kaya dengan flavonoid iaitu procyanidolic oligomers (PCOs) yang bersifat antioksidan.​

Daun Neem (Neem Leave)

Daun neem telah digunakan sejak zaman dahulu lagi sebagai mandian bagi mereka yang mengidap penyakit kulit terutama campak (chiken pox).Ia mengandungi antioksidan (ORAC 357.00) dan bahan yang bersifat antibakteria, antivirus, antifungal dan antiparasit yang ampuh. Sebuk daun  neen dicampur kunyit digunakan untuk merawat penyakit kusta, kayap, kurap dan campak. Sebuk daun neem merupakan bahan utama kosmetik di India.​

© 2023 Bio Beauty Care. All rights reserved.
  • w-facebook
  • w-googleplus
  • Twitter Clean
bottom of page